PELAKON Sophia Albarakbah kesal apabila kisah silamnya yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali mencetuskan kecaman netizen.
Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, menegaskan isu berkenaan sudah lama berlalu dan tidak wajar untuk diungkit kembali.
Dia juga kecewa apabila dirinya tidak pernah diberi peluang kedua sebaliknya sering dihina.
Sophia membalas komen netizen.
“Dah berapa tahun kes ini. Kalau asyik nak ungkit sampai bila pun tak selesai.
“Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?,” katanya.
Sophia bertindak membalas komen netizen di ruangan komen di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak rasa janggal terima trofi, Bella ‘cabut’ lari elak berdepan media… “Mungkin itu cara dia sampaikan anugerah”
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada common sense?” - Penonton dakwa TV3 sengaja cetus ‘drama’ demi rating, isu Bella dan Sophia kembali panas
Sebelum ini netizen menyerang media sosial Sophia susulan situasi kekok semasa Bella menyampaikan trofi kategori Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat pada malam Ahad.
Malah ketika kejadian Bella menyebut mengenali aktres berkenaan sebelum berpaling dan meninggalkan pentas tanpa berjabat tangan atau menyapa pemenang.
Pada Januari 2023, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz.
Momen yang dikatakan janggan di antara Sophia dan Bella.
Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube