PENYANYI dan pelakon Bella Astillah memberitahu dia hanya mengalami cedera ringan selepas tergelincir di kawasan air terjun ketika menjalani sesi fotografi bersama Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi sebuah jenama pakaian.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, dia mengalami hentakan kuat di bahagian belakang badannya namun masih mampu meneruskan penggambaran pada hari kejadian.
"Memang kuat terhentak masa tergelincir itu, tapi Alhamdulillah masih sedar lagi.
Syed Saddiq sudah banyak kali nasihatkan Bella untuk buat pemeriksaan kesihatan.
"Saya belum sempat buat pemeriksaan kesihatan sebab kekangan kerja.
"Lagipun saya baru sampai dari Tawau belum berkesempatan, insya-Allah akan buat nanti," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Syed Saddiq Syed yang turut berada di lokasi kejadian menyuarakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Bella.
Malah katanya, dia sudah beberapa kali menasihati selebriti itu untuk berehat, tetapi usahanya itu sering kali tidak diendahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak rasa janggal terima trofi, Bella ‘cabut’ lari elak berdepan media… “Mungkin itu cara dia sampaikan anugerah”
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada common sense?” - Penonton dakwa TV3 sengaja cetus ‘drama’ demi rating, isu Bella dan Sophia kembali panas
"Bella memang workaholic, bila terhentak dia terus bangun dan nak teruskan juga penggambaran hari itu.
"Terus naik ATV ya bukannya balik. Dah suruh pergi klinik tapi tetap dia nak selesaikan kerja dahulu," ujarnya.
Berkongsi lanjut, Syed Saddiq menegaskan kepentingan rehat adalah sangat penting terutama bagi individu yang terlalu sibuk bekerja.
"Workaholic macam mana pun, rehat itu sangat penting. Kalau tak cukup rehat susah untuk sembuh dan terus bekerja.
Bella dan Syed Saddiq ketika sesi fotografi dijalankan.
"Tapi lebih baik orang lain cuba nasihatkan Bella sebab saya dah cuba tapi tak nak dengar," jelasnya berseloroh.
Sebelum ini, tular video di TikTok Bella tergelincir ketika melakukan sesi fotografi bersama Syed Saddiq.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, Bella dilihat terjatuh sebelum bangun semula dengan senyuman dan meneruskan aktiviti seperti biasa.
Tindakan Bella yang tetap profesional meskipun cedera ringan mendapat pujian ramai. Namun peminat tetap berharap agar dia tidak mengabaikan kesihatan demi kerja.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube