suria

Amira Othman betulkan salah faham isu tahu kata laluan telefon Fattah Amin

Amira jelaskan salah faham isu tahu kata laluan telefon Fattah.

PENYANYI Amira Othman tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan mengetahui kata laluan telefon bimbit milik pelakon Fattah Amin. 

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari tentang kejadian itu sehingga menonton semula video yang tular. 

"Saya ingin jelaskan di sini, sebenarnya saya tak tekan pun kata laluan pada telefon Fattah. Semasa dia beri pada saya, telefon itu sudah pun unlocked.

"Jadi apabila peminat tanya, saya pun tertanya-tanya kerana saya tidak masukkan sebarang kata laluan.  

"Disebabkan itu, saya pun tanya semula kepada penonton yang sedang menyaksikan siaran langsung itu sebab saya tidak ingat kerana fokus dengan produk. 

Amira dan Fattah bersama pengasas Amber, Datuk Adzliana Hasan (tengah) 

"Bermacam-macam andaian yang saya terima selepas perkara ini tular. Cuma saya nak tegaskan sama ada saya tahu atau tidak rasanya bukan satu isu pun. Saya hanya 'slide' saja kerana memang dah 'unlocked'," katanya. 

Amira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu Butik Amber di Wangsa Walk, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Amira, dia tidak pernah mengakses telefon bimbit Fattah tanpa kebenaran kerana menghormati privasi aktor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman kantoi tahu password telefon Fattah Amin... “Korang nampak ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman peluk Neelofa, netizen kata ‘dah move on’…. “Beginilah sifat mereka yang reda dengan perjalanan hidup”

Katanya lagi, telefon bimbit berkenaan hanya digunakan atas urusan kerja.

"Sebagai rakan sekerja dan kerap bekerjasama kami sangat selesa. Jadi tidak ada isu bila saya pegang telefon bimbitnya. 

"Lagipun telefon itu digunakan untuk baca komen ketika sesi siaran langsung atau lihat lirik lagu sahaja.

Fattah dan Amira hadir memeriahkan acara pelancaran wajah baharu butik Amber di Wangsa Malk

"Saya tak pernah tengok perkara peribadi miliknya kerana saya hormat privasi Fattah, begitu juga sebaliknya,"katanya. 

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Amira didakwa mengetahui kata laluan laluan telefon pintar milik Fattah.

Perkara itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata sedang mengikuti sesi siaran langsung tersebut.

 

Artikel Lain