suria

Caprice mohon maaf, bakal terima saman daripada Asyraf Khalid

Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka.

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial kerana didakwa bakal menerima saman yang dihantar oleh tiga individu termasuk usahawan Asyraf Khalid.

Manakala dua individu lain itu pula mempunyai kaitan dengan dakwaan kes pukul melibatkan enam mangsa yang pernah didedahkan Caprice sebelum ini. 

Kata Caprice atau Ariz Ramli, 37, dia mungkin akan dikenakan perintah injunksi iaitu larangan untuk bercakap berkenaan isu tersebut di media sosial. 

Caprice akur dengan perintah injunksi yang bakal diterima.

"Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa (dipukul).

"Esok pagi (Selasa) menurut peguam saya, mungkin selepas saya terima tiga saman ini, akan ada satu injunksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh sebut tentang kes ini. 

"Sudah tentu saya akan lawan perintah injunksi itu, tetapi seperti anda semua tahu mahkamah di Malaysia ini prosesnya mungkin ambil masa selama 8 bulan atau setahun," katanya. 

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Asyraf Khalid mahu saman Caprice... nama tercalar hingga dilabel pedofilia, jadi mangsa ‘body shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice bakal hubungi Asyraf Khalid…. “‘Celah’ mana awak ini selebriti?”

Dalam pada itu, Caprice turut memohon maaf kepada masyarakat Malaysia dan mendoakan agar kemenangan akan berada di pihak benar. 

"Jadi untuk tempoh 8 bulan atau setahun, saya tidak boleh cerita tentang kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice. 

"Disebabkan kita membela mangsa (dipukul) ini, saya terima ugutan bunuh dan kami terima saman. 

"Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa insya-Allah di pihak mangsa," ujarnya. 

Asyraf (kiri) sebelum ini memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice.

Asyraf (kiri) sebelum ini memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice.

Sebelum ini, Caprice berang dengan tindakan Asyraf kerana menjemput seorang lelaki yang juga jurulatih kecergasan sebagai tetamu podcast yang didakwa pernah melakukan penganiyaan dengan mencederakan beberapa orang individu.

Malah Caprice mendakwa lelaki terbabit pernah melakukan ugutan terhadap dirinya dan keluarga serta berkongsi semula beberapa foto kecederaan yang dialami mangsa akibat perbuatan yang dikatakan dilakukan individu itu.

Pada Jumaat, Asyraf memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice selepas menganggap kontroversi yang berlaku mencalarkan imej malah menjejaskan peruk nasi sebagai ahli perniagaan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain