suria

Sherry Alhadad takut buat pembedahan bariatrik... tak pernah bermalam di hospital

Sherry pernah menangis kerana tak dapat gula.

TIDAK pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan berat badan ideal, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui perjalanan ke arah itu bukan sesuatu yang mudah.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah, 41, berkata dia memilih pendekatan menurunkan berat badan secara sihat berbanding menjalani pembedahan bariatrik.

"Saya sebenarnya tidak berani (untuk melakukan pembedahan bariatrik) kerana saya jarang sakit, malah ke hospital atau klinik pun sangat jarang.

Sherry takut lakukan bariatrik.

"Saya takut jika berlaku apa-apa kerana saya tiada pengalaman bermalam di hospital. Jadi, saya rasa lebih baik elakkan," katanya kepada mStar.

Dia juga mendedahkan pernah menerima beberapa tawaran penajaan untuk menjalani rawatan tersebut, namun hatinya masih belum terbuka.

"Memang ada yang ingin menaja saya untuk buat pembedahan, termasuk beberapa doktor melalui kenalan terdekat. Tapi buat masa ini, saya rasa belum ada keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad tergelak gosip bercinta dengan Michael Ang... “Saya tunggu je kalau dia nak sarung cincin”

ARTIKEL BERKAITAN: Video keluar dating curi tumpuan, peminat minta jangan lukakan hati Sherry Alhadad... ‘Abang Proton’ akan cerita perkenalan mereka

"Kebanyakan tawaran saya tolak secara baik kerana saya selesa dengan keadaan diri saya sekarang," ujarnya.

Berkongsi pengalaman menurunkan berat badan, dia mengakui melalui pelbagai fasa mencabar, termasuk saat-saat yang membuatkan dirinya hampir berputus asa.

"Kadang-kadang saya penat berdiet dan bersenam kerana terasa seperti melalui rutin yang sama berulang kali. Sampai satu tahap, mental saya hampir ‘breakdown’.

Sherry sentiasa yakin dengan tubuhnya.

"Saya tahu saya manusia biasa. Jadi kalau saya rasa nak menangis, saya akan lepaskan saja. Saya tak mahu paksa diri untuk tahan perasaan," katanya.

Sherry turut berkongsi pengalaman yang mencuit hati apabila dia menangis seperti baru putus cinta hanya kerana tidak dapat menikmati makanan manis.

"Biasalah, dah biasa makan manis tiba-tiba kena ubah rutin. Tapi saya tetap berusaha dan tak pernah berhenti," ujarnya.

Tambah Sherry, dia selesa dengan dirinya walaupun bertubuh besar namun tetap mengamalkan gaya hidup sihat kerana sedar usianya semakin meningkat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain