suria

Hisyam Hamid patut jadi penyampai trofi Selebriti Feminin Terhangat, netizen dakwa program hiburan sengaja tukar saat akhir

Hisyam (kanan) didakwa diminta menjadi penyampai trofi pada saat akhir.

HANTARAN pelakon Hisyam Hamid di laman Threads mengundang pelbagai reaksi ramai apabila mendakwa dia sepatutnya menjadi penyampai bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung pada malam Ahad. 

Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, bagaimanapun terkejut selepas diminta untuk menjadi penyampai anugerah bagi kategori yang pertama pada saat-saat akhir di acara tersebut. 

"Sampai-sampai saja 'Hisyam jom terus ke backstage'. Tak tahu pula kena sampaikan anugerah pertama. 

Hisyam dipercayai sudah memadam hantaran yang dimuat naik di Threads.

Hisyam dipercayai sudah memadam hantaran yang dimuat naik di Threads.

"Tiba-tiba gementar," tulisnya. 

Dalam perkongsian itu juga, pelakon filem Memori ini turut berkongsi mesej dipercayai daripada pihak produksi yang memberi butiran mengenai komitmen yang perlu dilakukan. 

Melihat kepada butiran yang dihantar dan dimuat naik aktor itu, mesej tersebut menunjukkan Hisyam sepatutnya menjadi individu yang menyampaikan anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada common sense?” - Penonton dakwa TV3 sengaja cetus ‘drama’ demi rating, isu Bella dan Sophia kembali panas

Pun begitu, Hisyam dipercayai telah memadam hantaran tersebut namun netizen sempat membuat tangkap layar dan menyelar tindakan program hiburan itu kerana seakan-akan mahu membuli pelakon Bella Astillah. 

"Sepatutnya Hisyam yang sampaikan anugerah itu tetapi Melodi tukar pada minit terakhir kepada Bella. 

"Jahat tak jahat mereka ini, jadi kepada semua gunakan kuasa viral. 

"Terima kasih kepada Hisyam walaupun dah padam hantaran tersebut tetapi ada yang sempat screenshot," tulis netizen.

Perkongsian netizen di laman Threads.

Perkongsian netizen di laman Threads.

Pada Ahad, Bella menjadi penyampai trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh pelakon Sophia Albarakbah. 

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori itu sehingga tidak bersalaman mahupun memandang wajah Sofia ketika menyerahkan trofi di atas pentas. 

Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa aktres berkenaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain