PEGUAM mewakili penyanyi Datuk Amy Search iaitu Datuk M Reza Hassan memaklumkan sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Shila Amzah berhubung kontroversi yang tular bulan lalu.
M Reza ketika dihubungi berkata, peguam yang diwakili Shila bagaimanapun meminta waktu untuk tindakan lanjut.
"Kita baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila," katanya ringkas kepada mStar.
Amy sudah hantar LOD kepada Shila.
Dalam masa sama, M Reza tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai tuntutan yang dibuat terhadap penyanyi itu.
"Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti," katanya.
Pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda.
Shila kemudiannya mengesahkan individu yang dimaksudkan ialah Amy iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.
ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search dan isteri hadir ke IPD Shah Alam
ARTIKEL BERKAITAN: “Amy Search, kau ceritalah benda yang betul” - Awie
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Kemudian pada 16 Julai lalu, Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan disahkan oleh M Reza.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube