suria

Buang semua hantaran di Instagram, tindakan Amy Search undang tanda tanya

Amy sudah tidak berkongsi di Instagram.

TINDAKAN Datuk Amy Search memadam semua foto dan video di Instagram menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan terkini penyanyi itu. 

Menerusi tinjauan mStar setakat jam 3.30 petang pada Selasa, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Haji Abdul Rahman, 67, hanya mengekalkan foto profil miliknya di akaun tersebut. 

Setakat ini tidak dapat dipastikan bila bapa kepada pelakon Nabila Huda itu memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik selain tujuan tindakan itu dibuat. 

Tindakan Amy jadi perhatian netizen.

Amy yang memiliki 119,000 pengikut juga dilihat tidak menyahaktifkan atau meletakkan media sosial itu di dalam mod privasi.

Bagaimanapun tinjauan di Facebook dan TikTok peribadi penyanyi itu masih lagi menyimpan video dan gambar. 

Usaha mStar menghubungi isteri Amy iaitu Datin Norhasniza Hassan untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dan panggilan dibuat tiada balasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search hantar notis tuntutan kepada Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah

Sebelum ini, nama Amy menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa sebagai individu yang menyerang penyanyi Shila Amzah sehingga satu laporan polis dibuat pada 10 Julai lalu. 

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak dan hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya. 

Kemudian pada 16 Julai lalu, Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain