suria

Umai bangga lihat Amad makin bersinar dalam industri, tak rasa kena ‘overshadow’

Umai dan Amad saling menyokong antara satu sama lain.

PENYANYI Ummi Umairah tidak pernah berasa dirinya semakin tenggelam daripada industri seni selepas melihat perkembangan positif karier adiknya, Ahmad Daiyan yang semakin menempa nama. 

Malah Ummi atau lebih mesra disapa Umai, 14, berkata, dia bangga melihat pencapaian adiknya dalam dunia seni dan sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan karier Ahmad atau Amad, 13.

"Saya tak rasa kena overshadow dengan Amad sebab saya percaya rezeki masing-masing. Kami berdua memang minat menyanyi sejak kecil lagi.

Umai percaya pada rezeki.

"Mungkin sekarang rezeki dia lebih menyerlah, tapi apa pun saya tetap bangga dengan pencapaian dia. Dia usaha keras dan layak dapat semua itu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, kata Umai mereka berdua sememangnya rapat dan tidak pernah menjadikan populariti sebagai punca perselisihan.

Tambah Umai, walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kerja seni, mereka tetap meluangkan masa bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Umai, kali ini Amad pula tunjuk bakat… Siti Saerah sokong minat anak-anak menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terpukau vokal dua anak saudara Siti Nurhaliza, selamba ‘tarik’ nada tinggi ‘Bukan Lagi Kita’

"Walaupun kami sama-sama dalam industri, tapi kami tak pernah rasa bersaing secara negatif. Semuanya sihat dan saling menyokong.

"Macam adik-beradik lain juga, kami ada gaduh manja, ada masa berborak sama-sama, dan kadang-kadang bergurau tak ingat dunia.

"Amad ini manja orangnya. Dia tak boleh tiada saya, begitu juga sebaliknya," jelasnya.

Umai dan Amad sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.

Sementara itu, Umai turut memberitahu dia dalam proses akhir menyiapkan single terbaharunya yang dijangka dilancarkan pada bulan depan.

"Buat masa sekarang, saya beri laluan untuk Amad dulu sebab saya tengah fokus menyiapkan single baharu. 

"Insya-Allah kalau tiada aral melintang, lagu itu akan keluar pada bulan depan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain