PENYANYI baharu Indonesia, Fajar Noor tidak terkesan dengan kontroversi yang melanda sebaliknya mahu terus memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian.
Fajar atau Fajar Nurdiansyah, 21, berkata, setiap manusia melakukan kesilapan dan dia menerima segala impak daripada kontroversi yang berlaku.
"Saya melalui kontroversi ini sama seperti manusia biasa juga. Teruskan hidup, dan terima sahaja apa yang orang katakan.
"Kita pun manusia, pernah buat salah. Jadi sekarang saya ambil masa untuk baiki diri, hasilkan karya, dan fokus pada apa yang sedang saya usahakan.
Fajar tak kisahkan kontroversi.
"Saya mahu menulis lagu dan buat masa ini fasal cinta saya tolak tepi dahulu," katanya kepada mStar.
Fajar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Menjaga Hati yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Dalam pada itu, Fajar memberitahu dia juga tidak mengambil hati dengan tindakan boikot yang dilakukan oleh segelintir peminat di Indonesia.
"Diboikot oleh peminat? Maksudnya, ramai yang ‘unfollow’? Oh ya, reaksi saya tidak mengapa, saya tak kisah.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dedah skandal Fajar Noor, pengikut IG turun 20,000
ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu tayang aksi bercium, 2 peserta Indonesian Idol dianggap tak sedar diri
"Saya tidak rasa kecewa kerana saya ini jenis yang bertanggungjawab atas apa yang saya buat. Jadi, saya okey. Terima seadanya.
"Saya okey saja. Saya jenis jalan terus sahaja. Itu semua tanggungjawab. Jadi terpulanglah kepada orang mahu cakap apa pun," ujarnya.
Meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi, Fajar menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkolaborasi dengan penyanyi wanita.
Tambahan, Fajar sebelum ini sudah mempunyai hubungan baik dengan peserta wanita di program realiti hiburan itu.
Mereka bebas nak memberi pendapat sebab mereka pun manusia.
FAJAR NOOR
PENYANYI INDONESIA
"Selepas ini tiada masalah sekiranya saya nak berkolaborasi dengan mana-mana artis wanita.
"Daripada awal Idol (Indonesia Idol) pun, ‘ship’ saya sudah ada banyak tiga orang (peserta wanita). Jadi saya okey saja. Apa pun pendapat orang di dunia ini, tidak mengapa. Saya okey saja," jelasnya.
Pun begitu, penyanyi berkenaan tidak ambil pusing dengan sebarang tohmahan melibatkan gosip dengan artis wanita.
Bagi Fajar, netizen tidak mengetahui cerita sebenar kerana hanya mereka sendiri yang melaluinya.
Fajar lancarkan lagu Menjaga Hati.
"Tidak mengapa. Mereka hanya nampak dari media sosial sahaja. Mereka bebas nak memberi pendapat sebab mereka pun manusia.
"Tapi kami yang berada dalam hubungan itu lebih tahu, dan itu adalah sesuatu yang peribadi. Kami tidak pernah mengaku. Jadi terpulanglah mereka mahu kata apa. Kami tetap jaga hubungan baik," katanya.
Pada Jun lalu, Fajar terpalit dengan kontroversi apabila Juara Indonesian Idol ke-13 Shabrina tanpa segan silu memuat naik video mereka sedang bercumbu di media sosial hingga mengundang kecaman orang ramai.
Shabrina berkongsi sebuah video berbentuk time-lapse menunjukkan dia sedang menata rias wajah Fajar sebelum bertindak untuk mencium penyanyi itu.
Fajar mesra melayan rakan-rakan media.
Tidak terhenti di situ, Fajar juga didakwa berlaku curang ketika sedang menjalinkan hubungan bersama Shabrina.
Fajar didakwa kononnya mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Indonesia, Amanda Lucson.
Situasi menjadi lebih teruk apabila Amanda berkongsi audio memaparkan Fajar menafikan sedang bercinta dengan Shabrina pada ketika itu.
Susulan itu, peminat menunjukkan protes kerana kecewa dengan tindakan penyanyi itu sehingga jumlah pengikut Fajar menurun sebanyak 30,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube