DALAM usia sudah mencecah 80 tahun, tahap kesihatan pelakon Ruminah Sidek masih dalam keadaan baik dan dia terus mampu untuk bekerja.
Kata Ruminah atau mesra disapa Mak Mah, amalan penjagaan dalam pengambilan makanan sejak usia muda menjadi petua untuk membantu mengekalkan kesihatan.
Mak Mah serah kesihatan kepada Allah.
Dia juga tidak mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti teh atau kopi.
"Ramai rakan sebaya mengadu sakit, tapi saya Alhamdulillah masih sihat. Mungkin sebab saya tak pernah minum teh atau kopi, hanya minum air oren sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Ruminah Sidek terima bayaran RM4,000 berlakon filem ‘Anak Bapak’, mampu beli kebun durian
ARTIKEL BERKAITAN: Mak Mah Kongsi Rasa Bahagia Selepas Seminggu Nikah
"Orang lain elak minum air sejuk, tapi saya tiada masalah pun. Saya minum saja air sejuk. Apa pun, semuanya saya serahkan kepada Allah," katanya kepada mStar.
Mak Mah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Indera di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Mengulas lanjut, pelakon ini turut mendedahkan bahawa dirinya tidak bergantung kepada ubat-ubatan walaupun disahkan menghidap darah tinggi dan diabetes.
Mak Mah masih menerima tawaran berlakon.
"Saya memang tak makan ubat. Saya jaga pemakanan sajalah seperti tumis air makanan orang Jawa, bukan lauk yang berat-berat.
"Dulu anak-anak ada juga menasihati saya, tapi sekarang mereka pun sudah diam," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube