suria

Selebriti miliki kereta mewah belum bayar cukai jalan

Antara kenderaan mewah yang disita pihak JPJ.

DUA orang selebriti yang memiliki kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit didapati masih belum membayar cukai jalan serta perlindungan insurans.

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan, siasatan telah dijalankan menerusi Op Luxury yang dilaksanakan di seluruh negara.

Katanya, kenderaan berkenaan sudah tidak digunakan dan menyimpannya di dalam kediaman mereka.

Identiti selebriti masih lagi dirahsiakan.

"Kita (JPJ) dapati ada dua lagi selebriti yang belum membayar cukai jalan kenderaan mewah mereka.

"Hasil pemerhatian kita lakukan, mereka ini tidak lagi memandu kenderaan itu yang diletakkan di rumah dan hanya menaiki kenderaan lain untuk keluar," katanya kepada pemberita.

Kifli Ma Hassan berkongsi perkara itu di Depoh Simpanan Kenderaan JPJ Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Porsche selebriti wanita disita JPJ dalam Ops Luxury

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

Namun identiti selebriti berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kereta mewah jenama Porsche milik seorang pelakon wanita antara 101 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Luxury sepanjang Jun. 

Pemilik juga menggunakan alasan hanya kenderaan tersebut dipandu pada hujung minggu sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain