suria

Alahan teruk trimester pertama, Syifa Melvin harap dapat bersalin normal

Syifa kongsi kegembiraan bersama peminat.

BERKONGSI pengalaman hamil anak kedua, pelakon Syifa Melvin memberitahu dia mengalami alahan teruk pada tempoh trimester pertama. 

Kata Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, apa yang dilalui kali ini jauh berbeza berbanding ketika dia hamil anak pertama. 

"Kali ini alahan pada trimester pertama agak teruk sikit. Dulu tiada alahan pun melainkan tak boleh bau tumis atau minyak wangi saja.

Syifa kongsi pengalaman bersama peminat.

"Tapi kali ini masak sendiri pun nak termuntah, bau bawang pun nak termuntah. Loya setiap masa serta kulit muka dan badan kering.

"Saya alah dengan bau sangat wangi sampai sekarang, tapi lota-loya sudah tiada... hanya trimester pertama saja," katanya. 

Syifa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya ketika menjawab soalan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh sorok dah, Syifa Melvin hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin rimas isteri suka ‘spotcheck’ telefon suami, boleh rosakkan hubungan rumah tangga

Menurutnya masalah itu juga semakin hilang apabila usia kandungan memasuki trimester kedua. 

Syifa berharap pengalaman yang dilalui itu memudahkan urusan bersalin nanti memandangkan sebelum ini perlu menjalani kaedah pembedahan. 

Dalam pada itu, Syifa memberitahu dia mengikuti nasihat doktor agar menjarakkan usia kehamilan selama 18 bulan kerana proses bersalin sebelum ini.

Safawi sumbat bola dalam baju sebagai tanda kehamilan anak kedua.

"Mana tahu alahan ini Allah nak mudahkan saya bersalin secara normal nanti.

"Saya dinasihatkan untuk mengandung selepas 18 bulan bersalin kalau tidak mahu kena caesarean lagi.

"Jadinya jarak Saif dan adik dia dua tahun lima bulan, tapi apa-apa pun ikut nasihat doktor," jelasnya.

Syifa dan suami teruja sambut anak kedua.

Sebelum ini, Syifa berkongsi dirinya kini sedang hamil anak kedua namun tidak menjelaskan secara terperinci usia kandungannya.

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur City FC, Safawi Rashid pada 28 November 2022.

Anak sulung mereka Saif Sulaiman kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain