suria

Amir Raja Lawak dedah terima sokongan rakan artis, Zizan Razak minta nombor akaun mahu beri bantuan

Zizan (kiri) antara rakan artis yang membantu Amir.

SUSULAN memaklumkan keadaan bapanya menghidap kanser usus, pelawak Amir Raja Lawak mengaku menerima sokongan daripada rakan-rakan artis. 

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, berkata, antara insan yang sentiasa ada bersamanya dalam waktu sukar ialah penyanyi dan pelakon Zizan Razak.

"Zizan ini saya kena bagitahu juga, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ini diceritakan. 

Zizan tidak lupa bertanya khabar kepada Amir. 

"Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya dan saya saksi Zizan orang yang baik hati.

"Semoga Zizan dan yang lain-lain semua di bawah rahmat Allah selalu, dijauhkan daripada benda yang bukan-bukan," katanya. 

Amir berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai prihatin nasib Amir Raja Lawak, tapis banyak tawaran kerja... Bimbang ada ambil kesempatan 

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hidap kanser usus, Amir Raja Lawak minta stesen TV segera buat bayaran... Tak mahu ansuran atau diskaun

Dalam hantaran dibuat, Amir turut berkongsi paparan mesej menunjukkan sikap prihatin Zizan termasuk meminta nombor akaun bank untuk memberikan sumbangan. 

Tidak hanya itu, Amir turut memberitahu rakan-rakan industri seni lain termasuk pelawak Mamat Sepah dan Lando Zawawi serta kru-kru produksi juga mengambil berat tentang situasi sukar yang dilaluinya sekarang. 

"Kalau ada yang tertanya-tanya kawan-kawan artis tak ada bertanya khabar ke?

Amir berkongsi masalah kesihatan yang dialami bapanya. 

"Alhamdulillah ada saja ni, Mamat pun bertanya khabar juga, Lando hari itu awal-awal lagi telefon bertanya khabar. 

"Bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia (Lando) terus minta nombor akaun," ujarnya. 

Sebelum ini, Amir mendedahkan faktor utama dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen adalah untuk menanggung kos perubatan bapanya yang sedang sakit.

Menurut Amir, dia mahu bayaran penuh berjumlah RM18,000 dari pihak berkenaan sebagai usaha untuk rawatan bapanya yang menghidap kanser usus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain