MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 kembali menggamatkan ibu kota dengan pertunjukan fesyen gah selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Ogos ini.
Bertempat di Esplanade, Suria KLCC, acara berprestij itu menghimpunkan lebih 55 jenama dan pereka fesyen tempatan.
Antara pereka ternama yang mengambil bahagian tahun ini termasuklah Rizman Ruzaini, MimpiKita, Fiziwoo, Radzuan Radziwill, Hatta Dolmat, Syomir Izwa dan BEHATI, selain kemunculan pertama beberapa jenama seperti Teh Firdaus, HUNTILANAK dan MOKJY serta ramai lagi.
Menariknya, pentas KLFW kali ini turut menyaksikan barisan selebriti wanita tampil anggun dan bergaya dengan sentuhan moden namun masih kekal sopan dan menutup aurat di acara itu.
Berikut senarai selebriti yang mencuri perhatian dengan gaya muslimah di KLFW 2025 setakat empat hari acara itu diadakan:
Tiga pelakon jelita yang tampil anggun di KLFW2025.
1. Nur Fazura
Fazura mencuri tumpuan dengan penampilan yang cukup memukau. Gaya yang dibawanya tampak classy dan penuh keyakinan. Padanan jaket cropped berstruktur dan seluar palazo lebar menyerlahkan sisi feminin serta moden. Tudung polos rona sedondon bersama beg tangan yang digayakan melengkapkan gaya minimalis selain kekal sopan dan anggun di KLFW 2025.
2. Rozita Che Wan
Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta tampil dengan gaun labuh rona biru. Dipadankan dengan tudung polos dan cermin mata hitam menyerlahkan sisi diva yang tidak pernah gagal memberikan impak di mana-mana acara fesyen. Keseluruhan penampilannya masih patuh syariah dan sangat elegan.
3. Ummi Nazeera
Pelakon ini membuktikan dirinya antara selebriti yang berani bereksperimen dengan gaya. Tampil edgy dalam busana hitam putih, penampilannya jelas mencuri tumpuan. Walaupun bold dan berkonsep avant-garde, Ummi kekal dengan identiti muslimah yang terjaga rapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya Bella dan Syed Saddiq! Emma, Chacha Maembong ‘gaduh mulut’ di karpet merah AMT25
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Menyala’ fesyen artis di ABP36, Nadia Brian gayakan barang kemas RM1.2 juta
4. Amira Othman
Gaun bercetak hitam putih dengan cape panjang serta hijab polos menyerlahkan sisi keanggunannya. Amira berjaya membuktikan gaya muslimah boleh tampil sofistikated dan versatil di acara fesyen berprestij seperti KLFW 2025.
5. Fatin Afeefa
Padanan skirt kembang bersama jaket dan hijab rona senada memberi aura classy dan feminin. Kasut but putih menaikkan keseluruhan gaya, menjadikan Fatin antara selebriti yang bergaya sopan namun tetap ‘on trend’ di pentas KLFW 2025.
Fatin (kanan) hadir ditemani suami manakala Ummi berani bereksperimen dengan fesyen.
6. Izara Aishah
Izara tampil memukau dalam busana serba perak metalik yang begitu memikat. Jubah labuh bermaterial mewah dengan digandingkan bersama seluar palazo lebar memberikan aura eksklusif. Tudung satin kemas terletak mengekalkan kesopanan sekali gus menjadikan penampilannya di KLFW 2025 antara yang paling menonjol namun tetap menutup aurat sepenuhnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube