suria

DJ Kidd sudah bertemu ayah, anak-anak Emma Maembong

Emma (kanan) mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd.

MENJALIN hubungan rapat dengan DJ Kidd, pelakon Emma Maembong memberitahu sudah membawa lelaki berkenaan berjumpa dengan anak dan keluarganya. 

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, pertemuan itu berlangsung secara tidak sengaja kerana dia tiada niat untuk memperkenalkan DJ Kidd kepada seluruh anggota keluarga buat masa ini. 

“Setakat ini kebanyakan pertemuan antara dia dan anak-anak, ayah serta adik-beradik saya berlaku secara tak sengaja.

Emma sebelum ini menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga semula.

“Kalau kata merancang untuk jumpakan dia dengan seluruh ahli keluarga saya, setakat ini memang tak ada lagi ke arah itu,” katanya kepada mStar. 

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama terbitan Viu Malaysia, Seadanya Kita yang diadakan di Aurum Theatre,  TRX, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Dalam pada itu, Emma memberitahu dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal meneruskan perhubungan ke fasa lebih serius. 

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong jaga privasi, tak selesa kongsi kisah cinta... Serah urusan jodoh pada takdir

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong sahkan berkawan rapat dengan DJ Kidd, akui miliki banyak persamaan… “Saya gembira dengan hidup sederhana ini”

 

Kata Emma, dia tidak pernah memaklumkan hubungan mereka kepada umum sebaliknya mahu memberikan fokus kepada anak-anak.  

“Kita berkenalan dulu, tak perlu terburu-buru. Saya pun dah pernah berkahwin sebelum ini, jadi kita kenal-kenal dulu.

“Setakat in belum terfikir lagi sampai ke fasa-fasa seterusnya. Lagipun saya ada anak-anak dan keluarga.

Kalau kata merancang untuk jumpakan dia dengan seluruh ahli keluarga saya, setakat ini memang tak ada lagi ke arah itu. 

EMMA MAEMBONG

PELAKON

“Saya juga takkan uar-uarkan mahupun menidakkan hubungan kami. Sebaliknya biarlah Allah tentukan arah jodoh kami,” ujarnya. 

Pada Ahad, hubungan Emma dan DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat bersama menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025. 

Perkara tersebut dikongsikan di Instagram DJ Kidd yang memperlihatkan dia mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma. 

Emma belum terfikir untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya.

Menerusi temu bual bersama mStar, Emma mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan lelaki tersebut dan selesa bersama kerana mempunyai banyak persamaan. 

Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain