suria

Atikah Suhaime tetap pendirian boikot, sanggup tolak tawaran RM1.2 juta

Lokman kagum dengan prinsip Atikah.

SEBAGAI tanda sokongan kepada penduduk Palestin, pelakon Datin Atikah Suhaime sanggup menolak tawaran menjadi duta sebuah jenama besar dengan bayaran bernilai RM1.2 juta.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya iaitu Datuk Lokman Teh yang kagum dengan pendirian isterinya itu. 

Atikah juga tidak memaklumkan kepada suami apabila dia menerima tawaran tersebut dan memilih untuk terus mengabaikannya. 

Lokman bangga dengan isterinya.

"Sayang, tahu tak kenapa saya bangga sangat dengan awak? Bila saya nampak kontrak atas meja, RM1.2 juta untuk jenama besar macam itu nak lantik awak jadi duta.

"Saya diam saja lima hari lepas itu baru saya tanya kontrak itu fasal apa. 

"Dia jawab jenama itu nak lantik jadi duta bayar RM1 juta. Tapi dia tolak sebab boikot. Tapi tetap berterima kasih dengan tawaran itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak badan ‘slim’ macam anak dara, Atikah Suhaime lantik 2 jurulatih kesihatan sekali gus

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime memangku anak lima jam dalam kereta gara-gara terpengaruh video tak betul

Lokman berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya pada Ahad.

Menurut Lokman, dia lebih kagum dengan isterinya yang tidak mudah dikaburi dengan wang ringgit yang banyak.

Katanya, Atikah bertegas enggan bersubahat dengan tindakan kejam Isreal terhadap penduduk Palestin.

"Dalam hati, wei nak juga RM1 juta itu. Tapi saya tahu jenama itu milik Yahudi.  Dia cakap dosa tidak akan diampunkan kalau sokong dengan pembunuhan dan sebagainya. 

Tapi lepas tiga bulan, rezeki datang mencurah-curah.

DATUK LOKMAN TEH

USAHAWAN

"Dia pun tak kisah kalau kena buat live TikTok untuk syarikat saya atau mana-mana jenama yang disukai. Orang Singapura boleh fikir macam itu, Islam tetap Islam tak kira negara mana pun," kongsinya.

Dalam pada itu, Lokman memberitahu rezeki Atikah mencurah-curah selepas menolak tawaran jenama berkenaan.

Malah isterinya menerima pelbagai tawaran untuk menjadi duta daripada jenama tempatan.

"Saya akan usaha cari rezeki dengan cara yang halal. Bukan satu saja jenama yang sanggup bayar Atikah juta-juta, sebab mereka kena boikot dan nak guna dia untuk naikkan jualan.

Lokman sentiasa menyokong Atikah.

"Tapi lepas tiga bulan, rezeki datang mencurah-curah. Banyak brand tempatan masuk approach Atikah. Moral cerita ini ialah jadi diri sendiri, dan jujur dengan prinsip kita. Rezeki Allah itu luas," kongsinya.

Untuk rekod, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberi nama Lyla Mulan Teh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain