suria

Tak boleh sorok dah, Syifa Melvin hamil anak kedua

Syifa umum hamil anak kedua.

PELAKON Syifa Melvin berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil anak kedua.

Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, turut meluahkan rasa syukur apabila keluarga kecilnya bakal bertambah meriah tidak lama lagi.

"Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga. Zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedarah Sulaiman," katanya.

Safawi sumbat bola dalam baju tanda pengumuman hamil anak kedua.

Syifa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada awal pagi Ahad.

Dalam hantaran tersebut turut memaparkan dia bersama suami iaitu Safawi Rashid serta anak sulungnya, Saif Sulaiman memegang ujian kehamilan.

Perkongsian itu juga dibuat selepas semakin ramai yang mula menyedari dirinya kini berbadan dua. 

Pun begitu, dia berharap orang ramai mendoakan agar urusan kehamilannya dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin rimas isteri suka ‘spotcheck’ telefon suami, boleh rosakkan hubungan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku seret kau dekat jalan...” - Bengang anak disamakan macam haiwan, Syifa Melvin tak berlembut jika jumpa pelaku

"Doakan sempurna lancar sampai hujungnya.. Tak boleh sorok eh dengan korang, mesti nampak saja," luahnya.

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Safawi pada 28 November 2022.

Anak sulung mereka Saif Sulaiman kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain