TINDAKAN penyanyi Justin Bieber sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto dan video hanya memakai seluar dalam di Instagram miliknya.
Menerusi foto yang dikongsi itu, Justin dilihat memakai seluar dalam ketat berwarna putih bersama sepasang but.
Ketika aksi tersebut dia ketawa gembira sambil menutup bahagian alat sulit.
Perkongsian Justin jadi bualan netizen.
Difahamkan foto tersebut diambil ketika Bieber sedang bersantai di kawasan halaman sebuah tempat peranginan.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai sepkulasi dan menganggap tindakan itu sebagai gimik murahan untuk kekal relevan.
Malah penampilan pelik penyanyi itu dikaitkan dengan promosi album terbaharu berjudul Swag, yang dilancarkan bulan lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber sedia tambah anak, isteri letak syarat sebelum kembali hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber akhirnya jawab dakwaan jadi mangsa keganasan seksual P. Diddy
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga meminta isterinya Hailey agar memantau tindakan suaminya agar tidak keterlaluan.
"Sudah jadi bapa orang pun masih perangai macam ini. Tak malu ke?
"Hailey cepat kutip suami kau ini. Pasti ramai cuba zoom gambar pertama kan!," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube