suria

Rasa ketiak basah terus pakai deodoran, Daniel Fong tak terkesan isu bau badan

Daniel tenang dengan isu bau badan.

TIDAK melatah apabila dikaitkan dengan isu masalah bau badan, pelakon Daniel Fong memilih sudut positif berdasarkan perkongsian tersebut.

Daniel atau Daniel Fong Weng Chuan, 32, berkata dia yakin kenyataan yang dikeluarkan oleh aktres Harissa Adlynn sebelum ini bukan untuknya.

Menurutnya, dia tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai masalah bau badan daripada rakan terdekat mahupun bekas kekasih.

Daniel tak pernah ada masalah bau badan.

"Saya tak terkesan dengan perkara itu kerana tahu ia bukan saya. Kalau betul mungkin bekas kekasih saya sudah tegur. Setakat ini tiada yang tegur.

"Tapi mungkin satu hari akan ada masalah itu kerana kita tak tahu bila badan akan alami perubahan," katanya kepada mStar.

Menurut Daniel masalah bau badan itu adalah perkara biasa dilalui sebagai pelakon sekiranya perlu melalui tempoh penggambaran yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Fong dah pakai deodoran, bukan pelakon lelaki badan berbau

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu nama lebih dikenali, Daniel Fong sedia bawa apa sahaja watak dalam drama Melayu... “Harap penonton dapat nilai bakat saya”

Jelasnya, seseorang pelakon sudah menjaga kebersihan tubuh namun masalah pakaian yang disediakan tidak berbasuh boleh menjadi salah satu punca masalah bau badan itu timbul.

"Tapi dalam set saya faham saja bukan sebab kita nak berbau busuk, kadang-kala waktu kerja yang panjang dari pagi sampai malam.

"Boleh jadi juga baju yang disediakan wardobe tidak dicuci dan berulang kali digunakan. Jadi tak kiralah macam wangi pun tapi kalau baju tak cuci lebih 10 kali tetap akan berbau," ujarnya.

Saya nak jelaskan di sini saya mandi dua kali sehari.

DANIEL FONG

PELAKON

Dalam pada itu, Daniel turut memberitahu sejak isu masalah bau badan menjadi bualan hangat dia mula meningkatkan penjagaan diri. 

Tegasnya, dia seorang pembersih malah kerap mandi terutama apabila pulang dari melakukan senaman.

"Saya nak jelaskan di sini saya mandi dua kali sehari, siang dan malam. Sejak artikel itu keluar saya lebihkan pakai parfume dan deodoran.

"Ada ketika apabila ketiak basah sikit saya terus letak deodoran secara spontan," kongsinya.

Daniel dan Harissa sudah beberapa kali berlakon bersama.

Terdahulu, pelakon Harissa Adlynn pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang rakan pelakon yang dikatakan tidak menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan bau badan. 

Harissa turut berkongsi bahawa dia pernah memberi bayangan secara halus mengenai penggunaan minyak wangi sebagai bentuk teguran.

Perkara itu menjadi bualan hangat netizen dan menimbulkan spekulasi mengenai identiti pelakon yang dimaksudkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain