PELAWAK dan usahawan Shuib memaklumkan kereta miliknya yang dilaporkan hilang di Shah Alam, Selangor sudah ditemui.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan menjelaskan kereta jenis Toyata CHR miliknya berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah kereta saya sudah ditemui semula. Orang ramai sudah tidak perlu risau lagi.
Shuib sebelum ini memaklumkan kereta miliknya hilang di Shah Alam.
"Terima kasih kerana prihatin dengan perkongsian saya sebelum ini," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.
Menurut Shuib, kereta yang diletakkan di Mahkamah Shah Alam pada Isnin bukan dicuri.
ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Shuib hilang, mohon bantuan orang ramai
ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Puchong boleh dengar Thalita jerit” - Shuib puji isteri tenang urus detik cemas
“Dah dapat kereta dan berada dalam keadaan baik,” katanya.
Sebelum ini, Shuib memaklumkan kereta Toyota CHR warna kuning miliknya dilaporkan hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam.
Dakwa Shuib, dia tidak pasti sama ada kereta tersebut dicuri atau ditarik oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
TONTON VIDEO PILIHAN!