KERETA milik pelawak dan usahawan Shuib dilaporkan hilang di Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, kereja jenis Toyota CHR warna kuning didakwa hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam.
"Tadi urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas urusan nak balik kereta Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang," katanya.
Shuib berkongsi foto kereta miliknya yang dipercayai hilang.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Menurut Shuib, dia tidak pasti sama ada kereta tersebut dicuri atau ditarik oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Puchong boleh dengar Thalita jerit” - Shuib puji isteri tenang urus detik cemas
ARTIKEL BERKAITAN: Ayash dah 4 tahun, Shuib kongsi detik anak tidak bernafas 8 saat ketika lahir
Ujar Shuib, dia memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai informasi berhubung kehilangan kenderaan itu.
"Tak tahu hilang kena rembat (curi), towing MBSA, tarik ke? Siapa ada info beritahu ya," ujarnya.
Usaha mStar untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada Shuib tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube