suria

Elly Mazlein tak tunggu orang toksik berubah, pilih ‘angkat kaki’ daripada merana

Elly tidak suka dengan persekitaran manusia toksik.

PENYANYI dan pengacara, Elly Mazlein tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan individu yang bersikap toksik dalam hidupnya.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak membuang masa melayan mereka yang hanya membawa aura negatif.

“Cara saya hindari orang toksik mudah sahaja, saya cut off semua perkara dengan mereka.

Elly tolak berkawan dengan manusia berperangai toksik.

“Pada saya membazir orang-orang toksik ada dalam hidup kita, sebab mereka kekal menjadi toksik dan kita layak dapat yang lebih baik. Kesihatan mental kita lebih penting 

“Tak perlu bazir masa nak tunggu mereka berubah, bukan nak menghakimi seseorang tapi itu cara terbaik. Cukup persekitaran kecil tapi menyenangkan,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Elly mendedahkan dia pernah berdepan dengan individu yang bukan sahaja bersikap negatif, malah sanggup menimbulkan provokasi secara terbuka.

Bagaimanapun, Elly memilih untuk tidak melayan atau membalas tindakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein curi masa ‘me time’ di rumah, tidak ambil sebarang makanan tambahan

ARTIKEL BERKAITAN: Memang tiada peluang tengok wajah anak Elly Mazlein, mahu mereka hidup seperti orang biasa

“Alhamdulillah saya mudah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja, cuma jangan sampai saya dapat tahu dia buat hal di belakang saya.

“Kadang-kadang ada yang jenis jerit depan pintu. Jadi bila dah nampak perkara macam tu, buat apa nak layan orang toksik begitu.

“Saya tak suka jadi hipokrit. Bila saya nampak seseorang tu bersikap toksik memang saya dengan rela hati menjauhkan diri,” jelasnya.

Elly turut menasihatkan orang ramai supaya lebih menjaga ruang peribadi dan hanya berkawan dengan mereka yang membawa kebaikan serta berfikiran positif.

Elly merupakan hos utama program Kilauan Emas 2025.

Dalam perkembangan lain, Elly bakal bertindak sebagai pengacara utama bagi program Kilauan Emas 2025, manakala Joey Daud selaku hos belakang pentas.

Selain itu, program itu turut diserikan dengan kehadiran artis seperti Erra Fazira, Ning Baizura dan Roy Azman sebagai juri tetap.

Seramai 12 peserta bertanding bagi program itu yang bakal menemui penonton pada setiap Sabtu di saluran 105 (Astro Prima) bermula 16 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain