PELAKON Emma Maembong tidak menganggap status janda menghalang wanita untuk kembali bertemu jodoh dengan lelaki bujang.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, dia melihat situasi ini tidak lagi asing dalam masyarakat termasuk golongan selebriti.
Kata Emma, hubungan seorang ibu tunggal dengan lelaki bujang mungkin pada mulanya akan menjadi buah mulut orang ramai namun ia tidak akan memberi kesan lama kepada pasangan tersebut.
Emma terbuka bercakap soal jodoh dengan lelaki lebih muda.
"Zaman sekarang kita lihat ada sahaja ibu tunggal yang mengahwini lelaki bujang. Tidak hanya masyarakat biasa, malah dalam kalangan selebriti pun ada.
"Pada awalnya memang akan ada yang kecam, tetapi selepas itu mereka akan diam.
"Saya juga boleh katakan, situasi ini wujud dalam realiti masyarakat sekarang. Bukan lagi sesuatu yang pelik," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong sahkan berkawan rapat dengan DJ Kidd, akui miliki banyak persamaan… “Saya gembira dengan hidup sederhana ini”
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Kidd sudah bertemu ayah, anak-anak Emma Maembong
Dalam masa sama, Emma memberitahu dia melihat perkahwinan wanita lebih berusia daripada lelaki sering dijadikan isu dalam masyarakat, walhal urusan jodoh tidak memandang peringkat usia.
"Saya juga perasan orang ramai selalu pandang situasi jika kahwin wanita lebih tua berbanding lelaki itu salah, tetapi lelaki tua dengan wanita muda itu tidak salah.
"Pada pendapat saya, kalau dah jodoh tiada siapa boleh halang. Cinta tidak memandang umur," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma kini membintangi sebuah drama terbitan Viu Malaysia berjudul Seadanya Kita yang mengisahkan tentang percintaan jarak umur antara wanita dan lelaki lebih muda.
"Drama ini juga menceritakan tentang percintaan jarak umur yang jauh. Awal-awal teaser drama ini keluar ramai yang kecam kata gandingan saya dengan Mierul tidak sepadan.
Emma bergandingan dengan Mierul (kiri) dalam drama Seadanya Kita.
"Sedangkan kisahnya memang tentang 'love gap'. Bila nanti penonton sudah saksikan baru mereka akan faham jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan," katanya.
Selain Emma, drama Seadanya Kita ini turut dibintangi pelakon Mierul Aiman, Shahz Jaszle, Nelissa Nizam, Ara Johari, Yasmin Hani, Anas Ridzuan dan Mikael Noah.
Drama ini disiarkan di platform Viu bermula 7 Ogos lalu, setiap Khamis dan Jumaat pukul 12 tengah hari.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!