PELAKON Fattah Amin kesal dengan dakwaan segelintir netizen mendakwa anaknya, Nur Fatima Aisya pernah mengadu atau menunjukkan reaksi negatif terhadap neneknya seperti yang tular di media sosial.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, panggilan video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin dirakam ketika mereka keluar bersama dan hubungan semua pihak terutama keluarganya berada dalam keadaan baik.
“Panggilan video yang dimuat naik di Instagram dibuat semalam (Isnin), kami keluar bersama-sama.
“Fatima tidak ada mengadu atau menunjukkan apa-apa reaksi negatif. Hubungan saya, Fatima, Fazura dan nenek Fatima baik-baik sahaja.
Fattah menjelaskan hubungan Fatima (kanan) dan keluarganya berada dalam keadan baik.
“Kami elok sahaja berjumpa waktu saya ambil Fatima,” katanya kepada mStar.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara pelancaran koleksi baharu dan pengumuman duta Amber di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, pada petang Selasa.
Berkongsi lanjut, kata Fattah, ibunya turut sedih dengan isu yang diperkatakan namun dia menasihati agar tidak membaca atau melayan komen negatif di media sosial.
“Sudah tentu ibu saya sedih dengan apa yang jadi. Cuma saya nasihatkan pada ibu supaya tak tengok atau baca perkara macam itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ceria buat panggilan video, netizen puji Fattah tenang tangani isu Fatima dan nenda… Rancang percutian bersama ke Disneyland
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin enggan beri muka lagi… Pemfitnah dakwa curang ketika bersama Fazura bakal diseret ke mahkamah
“Orang boleh cakap macam-macam, tapi kalau benda tak betul buat apa nak terasa. Kita dah jelaskan perkara betul, tapi terpulang pada mereka untuk menilai.
“Saya akan terus bekerja tanpa henti, buat apa yang perlu untuk keluarga saya. Selebihnya kalau ada yang nak buat perkara tidak baik, saya serahkan pada Allah,” ujarnya.
Sementara itu, Fattah turut mengingatkan orang luar supaya tidak menyebarkan perkara negatif atau membuat andaian tidak benar kerana hanya akan mengundang fitnah.
“Janganlah cakap perkara tidak baik sehingga buat andaian bukan-bukan. Bagi saya perkara itu tidak bagus untuk semua pihak.
“Lebih baik tulis, komen dan bercakap perkara yang positif supaya mengelakkan fitnah daripada berlaku. Jangan buat perkara yang boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain,” jelasnya.
Sebelum ini, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima, 5, meluahkan rasa kurang senang kepada Fazura apabila mendakwa neneknya menyebut perkara yang tidak manis mengenai dirinya.
Fattah kesal dengan dakwaan segelintir netizen di media sosial.
Namun, Fazura dengan tenang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan perkara itu mustahil berlaku.
Adik kepada Fattah, Raihan Amin, turut tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abd Ghani dengan menafikan segala tuduhan negatif yang dilemparkan di media sosial.
Terbaharu, Fattah berkongsi momen ceria bersama Fatima ketika keluar berjalan sambil membuat panggilan telefon kepada ibunya selain berbincang mengenai perancangan bercuti ke Tokyo Disneyland.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!