suria

Nampak perut makin boroi, peminat pertikai penampilan Taemin SHINee

Peminat tampil bela penampilan Taemin.

NAMA anggota kumpulan SHINee iaitu Taemin menjadi bualan ramai gara-gara penampilan terbaharunya yang terlihat boroi semasa mengadakan persembahan di sebuah acara.

Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, Taemin mengenakan pakaian serba hitam berserta baju yang ketat sekali gus menampakkan bentuk perutnya.

Malah dia juga dilihat seolah-olah tidak selesa dengan pakaian tersebut dan cuba menutup bahagian perutnya dengan menggunakan tangan semasa di atas pentas.

Taemin tutup perut dengan tangan.

Foto berkenaan meraih reaksi peminat yang mendakwa Taemin ketika itu sedang menahan nafas bagi memastikan bahagian perutnya yang dikatakan sudah boroi tidak kelihatan.   

"Berhenti kecam dia daripada pelbagai sudut. Kalau saya jadi dia saya tak boleh tidur sebab gambar bernafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Taemin dan penari tidak benar, agensi bakal ambil tindakan terhadap penyebar berita palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantai

"Badan dia nampak macam atlet sebelum ini, sekarang dah boroi," antara komen netizen.

Sementara itu, Taemin memilih untuk mendiamkan diri dengan pelbagai tuduhan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain