PENYANYI dan pelakon Farahdhiya tidak terlepas menerima mesej keterlaluan daripada pengikut di media sosial.
Disebabkan tindakan kurang sopan itu, Farahdhiya, 41, memilih untuk tidak membuka sebarang pemberitahuan daripada mesej yang diterima.
“Saya jarang buka DM (direct message). Inilah contohnya… kebanyakan mesej daripada orang bodoh dan pervert (berfikiran kotor),” katanya.
Mesej yang diterima Farahdhiya.
Farahdhiya berkongsi perkara itu di Instagram miliknya pada Rabu bersama tangkap layar mesej yang diterima.
Dalam masa sama, dia meminta mana-mana pihak menghubungi pengurus peribadi sekiranya melibatkan urusan kerja.
“Tolong hubungi pengurus saya berkenaan hal kerja. Jangan DM sebab saya jarang periksa,” jelasnya ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi mangsa, Farahdhiya tendang pembuli sampai tergolek
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main rembat” - Farahdhiya serah soal jodoh ditangan Allah, kagum wanita mampu berdikari tanpa lelaki
Menerusi tangkap layar yang dikongsi, Farahdhiya menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menyatakan minat terhadap kakinya.
Lebih menjijikkan, individu berkenaan berfantasi untuk menjilat tapak kaki penyanyi itu.
Farahdhiya minta hubungi pengurus untuk urusan kerja.
“Saya tengok tapak kaki Farahdhiya… jari kaki cantik, putih gebu.
“Saya boleh sahaja jilat tapak kaki dan hisap jari-jari kaki,” tulis mesej tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!