suria

Kereta Shuib ditunda MBSA, parkir di tempat tidak dibenarkan

Kereta Shuib ditunda MBSA kerana diparkir di tempat yang tidak dibenarkan.

PELAWAK dan usahawan Shuib mengesahkan kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu ditunda oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, kejadian itu berpunca daripada kesilapannya semasa meletakkan kenderaan itu sebelum menguruskan hal di mahkamah.

“Kereta itu ‘misplace’ (salah letak) sahaja sebenarnya, saya tak mahu panjangkan cerita.

“Sekarang sudah dijumpai. Di seksyen berapa saya tak ingat, tapi ini hanya salah letak sahaja.

“Kereta okay dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu berada di MBSA,” katanya kepada mStar.

Shuib syukur kereta miliknya sudah ditemui. 

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program terbaharu terbitan Astro iaitu Talk To My Manager di Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Shuib dia kagum dengan sikap prihatin orang ramai selepas memaklumkan kehilangan kereta miliknya.

Meskipun ia mencetuskan pelbagai spekulasi, Shuib mengakui dirinya tidak dapat lari daripada kecaman netizen.

“Ramai yang nak tolong carikan sebab rakyat Malaysia memang prihatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Shuib hilang, mohon bantuan orang ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Shuib ditemui semula, syukur bukan dicuri

“Bagi yang kecam dan beri pelbagai andaian itu saya mampu hadap sahaja. Itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan kereta Toyota CHR warna kuning miliknya dilaporkan hilang sewaktu dia sedang menyelesaikan urusan di Mahkamah Shah Alam.

Dakwa Shuib, dia tidak pasti sama ada kereta tersebut dicuri atau ditarik oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain