suria

“Saya sekat WhatsApp sahaja” - Zehra Zambri nafi putuskan komunikasi dengan suami

Zehra nafi sekat komunikasi dengan suami.

PENYANYI Zehra Zambri tampil menjelaskan dakwaan dia menyekat nombor telefon suaminya sehingga menyukarkan hubungan mereka selepas tidak lagi tinggal sebumbung.

Kata Zehra, 38, suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin masih boleh menghubunginya menerusi panggilan telefon atau pesanan ringkas (SMS).

"Saya block si polan hanya di WhatsApp selepas dia keluar rumah pada Mei 2025. Selepas itu segala urusan komunikasi saya lakukan melalui mesej biasa. Panggilan telefon tidak disekat sama sekali," katanya. 

Zehra memberi penjelasan itu selepas kedua-dua mereka selesai menjalani proses Majlis Tahkim berhubung isu perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada pagi Rabu.

Perkongsian Zehra di Instagram. 

Dalam masa sama, penyanyi itu mendakwa Mohd Iqwan tidak memberi sebarang maklum balas apabila ditanya mengenai keperluan anak mereka.

"Dia mungkir janji pada 23 Julai lalu untuk jenguk anak yang sedang menunggu di lobi. 

"Lebih sebulan dia tidak respons setiap mesej saya mengenai keperluan anak," ujarnya. 

Ketika bertemu media di mahkamah, Zehra turut mendakwa suaminya culas menjalankan tanggungjawab termasuk pemberian nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri bakal lafazkan cerai 20 Ogos… “Saya boleh ceraikan hari ini, tapi dia datang haid” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zehra Zambri urus sendiri anak sakit, dakwa suami hanya buat ‘content’ jaga di hospital

Sebelum ini, Mohd Iqwan memberitahu dia sukar menghubungi isterinya kerana panggilan disekat.

Dalam proses Majlis Tahkim mahkamah memutuskan tiada persefahaman antara kedua-dua mereka dan diputuskan untuk bercerai. 

Bagaimanapun lafaz akan dibuat pada 20 Ogos ini kerana Zehra berada dalam keadaan haid.

Zehra dakwa suami culas nafkah terhadap anak. 

Pada 14 Julai lalu, proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat dan kedua-dua pihak perlu melantik hakam bagi kes perceraian itu.

Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Iqwan pada 7 Mac lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain