suria

Nadhif Basalamah tak sabar jumpa peminat, Kuala Lumpur destinasi paling dinanti

Nadhif bakal menghiburkan peminat di konsert Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.

PENYANYI Nadhif Basalamah bakal mengadakan konsert Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall pada 11 September ini. 

Menurut penganjur bersama iaitu After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur merupakan antara destinasi paling dinanti oleh Nadhif untuk bertemu peminat.

"Tanpa merendahkan lokasi lain dalam sisi jelajah ini, kami dengan bangga membawa Nadhif bertemu peminat di Malaysia. 

Nadhif tidak sabar mahu bertemu peminat di Kuala Lumpur.

"Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah, Nadhif juga sudah tidak sabar bertemu peminat di Kuala Lumpur pada 11 September ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu-lagu hit daripada penyanyi Indonesia ini," kata Liaw Sun selaku wakil Banyak Bagus Entertainment. 

Dalam pada itu, Liaw Sun memberitahu tiket sudah mula dijual dan penjualan adalah terhad. 

"Tiket konsert ini adalah terhad. Jika anda memang peminat setia dan tidak mahu melepaskan peluang berhibur bersama Nadhif, inilah masanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: GenKRU batal konsert di Pulau Pinang, tak mahu ‘downgrade’ persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan umum rehat daripada konsert solo

"Jangan sampai terlepas untuk menikmati hiburan di konsert Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur," ujarnya. 

Untuk info, Nadhif membuat debut menerusi persembahan pembukaan di konsert Tulus yang diadakan di Makassar, Indonesia pada Julai 2022.

Nama Nadhif terus meledak dan mendapat tempat di hati peminat menerusi lagu To Be With ME dan Without Me (Sera) sebelum Penjaga Hati menarik perhatian pendengar pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain