PELAKON Aya Amiruddin sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan solo selepas lebih setahun putus tunang.
Menurut Aya, 28, pengalaman hidup sendiri memberikan cabaran tersendiri, namun dia bersyukur menerima dan menikmati fasa baru dalam hidupnya.
“Selepas putus tunang tahun lalu, saya hidup seorang diri dan syukur dalam keadaan baik-baik sahaja.
Aya kunci mulut status terkini.
"Dulu, saya biasa buat semua perkara bersama pasangan, tapi sekarang semuanya saya lakukan sendiri.
"Memang mengambil masa untuk biasakan, tapi saya dah boleh terima keadaan sekarang,” katanya kepada mStar.
Ditanya mengenai status hubungan terkini, Aya lebih selesa untuk tidak bercerita lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN: Aya Amiruddin tak pernah diherdik pelakon senior - "Mungkin orang takut dengan saya"
ARTIKEL BERKAITAN: Aya Amiruddin tiada niat cari keluarga kandung, terima takdir hidup sebatang kara
Bagaimanapun dia akui ada yang mendekati namun baginya belum tiba waktu sesuai untuk menerima cinta baharu.
Jelasnya, buat masa ini dia selesa dengan kehidupan sekarang dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
“No komen. Tapi ada juga yang cuba-cuba mengenali saya di media sosial, takkan tiada... saya pula elok.
Aya putus tunang pada tahun lalu.
"Tapi buat masa sekarang, saya selesa hidup macam ini dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang tekanan,” jelasnya.
Aya turut berkongsi bahawa walaupun sudah berpisah, dia dan bekas tunangnya, Eronmose Sleem, masih mengekalkan hubungan baik sehingga kini.
Pada Mei tahun lalu, Aya mengumumkan putus tunang selepas merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!