SUAMI kepada penyanyi Zehra Zambri meminta agarnya isterinya itu berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung isu rumah tangga mereka.
Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, berkata dia tidak mahu sebarang perkongsian yang dibuat akan menimbulkan kekeliruan serta salah faham.
"Buat isteriku Zehra, rasanya adalah lebih baik jika kamu kekal fokus, jaga kesihatan dan tidak menulis hantaran-hantaran berbentuk kenyataan retorik terkait kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada Zahiyah yang jelas boleh mengundang salah faham serta mengoncang emosi ramai," katanya.
Mohd Iqwan bakal melafazkan cerai terhadap Zehra.
Mohd Iqwan menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat membalas kepada perkongsian dibuat Zehra berhubung ujian hidup yang dilalui.
Tambahnya, dia sedia untuk melepaskan Zehra pada tarikh yang telah ditetapkan mahkamah selepas keputusan Majlis Tahkim dibuat pada Rabu.
"Ketika tarikh jatuh talak itu telahpun disepakati pada 20 Ogos akan datang, saya terus berharap kamu kekal beria-ia, besar hati dan suci agar urusan perceraian ini dapatlah disegerakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan menggigil takut, tidak dinafkahi selayaknya... Zehra Zambri kongsi luahan ujian hidup
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri bakal lafazkan cerai 20 Ogos… “Saya boleh ceraikan hari ini, tapi dia datang haid”
"Saya dengan segala kudrat dan tenaga akan datang dengan senang hati pada tarikh tersebut, bagi memenuhi permintaan kamu untuk bebas mencari bahagia di dunia dan akhirat yang menurut kamu gagal saya sediakan," ujarnya.
Menulis luahan yang dianggap sebagai warkah terakhir darinya sebelum bercerai, Mohd Iqwan sekali lagi menitip nasihat agar Zehra tidak terlalu terbuka bercerita kepada umum.
"Saya tidak berhasrat untuk menulis lebih panjang kerana hayat perkahwinan ini hampir menemui titik noktahnya.
Luahan Zehra di Instagram.
"Tapi saya kekal berharap agar tabiat ini dihentikan segera, untuk aib kedua-dua pihak kekal terpelihara," tulisnya.
Pada 13 Ogos, Majlis Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara kedua-dua mereka dan diputuskan untuk bercerai.
Bagaimanapun lafaz akan dibuat pada 20 Ogos ini kerana Zehra berada dalam keadaan haid.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pda 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!