PELAKON Haneesya Hanee menegaskan dirinya sudah berubah dan bukan lagi individu seperti lapan tahun lalu.
Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, berkata dia tidak kisah sekiranya masyarakat masih mahu mengungkit kesilapan ketika berusia 18 tahun kerana tempoh itu sudah cukup memberi kesan besar terhadap hidupnya.
“Sekarang saya sudah dewasa, kalau korang (netizen) nak marah pada diri saya yang umur 18 tahun dulu, silakan. Marahlah. Teruskan marah tapi saya bukan lagi budak 18 tahun itu.
Perkongsian Haneesya di TikTok miliknya.
"Lapan tahun saya hidup dengan rasa bersalah. Lapan tahun rasa seperti terpaksa merayu agar semua orang maafkan saya. Lapan tahun saya bergelut dengan kesihatan mental sendiri," katanya.
Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Dalam pada itu, Haneesya memberitahu dia ada berkongsi kejadian sebenar yang berlaku lapan tahun lalu itu dalam sebuah temu bual yang masih belum disiarkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Haneesya Hanee menangis, kesal video di kelab malam diungkit semula… “Kalau aku banyak duit, dah lama bayar peguam saman orang”
ARTIKEL BERKAITAN:Babak dalam kelab malam buat Haneesya Hanee trauma, bimbang netizen ungkit kisah lama
Kongsi pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu, selama ini dia sudah bercakap jujur namun tiada siapa yang percaya kerana menganggap dirinya seorang pendosa.
"Tidak mengapa, biar saya duduk dan nikmati saja perjalanan ini. Saya dah lama cuba bercakap jujur tetapi siapa yang nak dengar atau percaya kebenaran daripada mulut seorang pendosa?
"Saya sudah buat kenyataan dalam satu temu bual dan ceritakan semuanya. Saya luahkan segalanya tanpa tapisan.
Haneesya menanggung rasa bersalah selama lapan tahun.
“Jadi saya nak tengok pada hari itu, berapa ramai yang akan tergigit lidah sendiri nanti,” katanya.
Untuk rekod, pada tahun 2018, nama Haneesya pernah menjadi perhatian apabila tular sebuah video menunjukkan dia bersama rakan-rakan di sebuah kelab malam.
Insiden itu memberi kesan besar terhadap kerjayanya ketika itu termasuk kehilangan gelaran juara Dewi Remaja serta beberapa tawaran berlakon.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!