suria

Fanzi Ruji kongsi kisah putus cinta dalam lagu, tak sangka ‘Berharap’ jadi OST drama

Fanzi kini muncul dengan lagu baharu berjudul 'Berharap'.

PENGALAMAN gagal dalam percintaan memberi inspirasi buat penyanyi Fanzi Ruji menghasilkan lagu berjudul Berharap.

Fanzi atau Mohd Rifanzi Ruji, 37, berkata, dia meluahkan rasa keperitan itu dalam lagu tersebut selain berharap masih wujud harapan agar cinta itu kembali. 

"Sehingga kini, ada saat-saat di mana saya masih tertanya bagaimana agaknya hidup ini jika dapat bersama cinta hati saya itu. Saya belum ‘move on’. Ada kalanya, harapan itu masih membara walaupun kami sudah putus.

Fanzi teruja lagu Berharap menjadi OST dalam drama Hanya Kerana Seorang Lelaki.

Fanzi teruja lagu Berharap menjadi OST dalam drama Hanya Kerana Seorang Lelaki.

"Lirik lagu ini menonjolkan situasi seseorang yang tidak mampu melepaskan insan paling bermakna dalam hidupnya. Lalu, dia terperangkap dalam kesedihan dan tidak mampu membuka hati kepada cinta baharu.

"Lagu ini sangat istimewa kerana saya diberi ruang dan kebebasan sepenuhnya mencipta melodi dan menulis lirik mengikut kata hati saya sendiri. Segala yang terhasil datang daripada emosi dan pengalaman paling dalam," katanya.

Dalam pada itu, Fanzi memberitahu dia tidak menyangka apabila lagu Berharap dipilih sebagai runut bunyi drama Kerana Seorang Lelaki arahan Michael Ang. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak Adil’ luahan kecewa Aisha Retno dalam percintaan - "Baru lalui fasa patah hati yang teruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dedikasi ‘Taman Keabadian’ buat peminat yang kehilangan insan tersayang

Kata Fanzi, dia teruja menerima penghargaan ini dan berterima kasih atas usaha syarikat rakamannya iaitu Marsha Londoh Entertainment dalam membantu mempromosikan lagu baharu tersebut.

"Saya teruja lagu ini dapat peluang untuk menjadi OST drama hasil usaha label saya sendiri. 

"Sebagai pendatang baharu saya rasa ini adalah satu pendedahan dan penghargaan yang sangat besar untuk mengetengahkan bakat serta dikenali oleh rakyat Malaysia. 

Saya teruja lagu ini dapat peluang untuk menjadi OST drama hasil usaha label saya sendiri. 

FANZI RUJI

PENYANYI

"Tak sangka nama besar seperti pengarah Michael Ang sudi memilih lagu saya untuk OST drama arahannya itu," ujarnya. 

Menyimpan hasrat untuk terus melebarkan sayap dalam bidang nyanyian, Fanzi memaklumkan dia sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur bagi merealisasikan impiannya itu. 

Menurut anak kelahiran Sabah ini, dia nekad untuk memberi fokus terhadap penghasilan muzik selain berdoa agar kerjayanya dapat berkembang di Semenanjung.

Fanzi sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berkarya.

Fanzi sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berkarya.

"Sebenarnya saya sudah pindah ke Semenanjung sejak tahun lalu. Tujuan utama adalah untuk lebih fokus kepada kerjaya nyanyian. 

"Saya tahu untuk serius dalam bidang nyanyian dan menembusi pasaran utama pendengar Kuala Lumpur adalah lokasi paling tepat. 

"Jadi sejak tahun lalu saya sudah banyak menghasilkan karya dan lagu Berharap ini antara buah tangan saya untuk tahun ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain