PELAKON Ruhainies mendakwa pendapatannya sebagai anak seni mampu mencecah sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, mendakwa pendapatan itu diterima atas titik peluh berkerja sebagai duta produk dan berlakon sepanjang 10 tahun terbabit dalam dunia seni.
"Saya seorang pelakon, sudah berada dalam industri seni selama 10 tahun.
Ruhainies mencari rezeki sebagai pelakon sejak 10 tahun lalu.
"Sebagai anak seni, saya berlakon, jadi duta produk dan buat affiliate di media sosial.
"Pendapatan saya boleh mencecah antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan," katanya.
Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik semula di laman Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ada ‘sugar daddy’, Ruhainies tanya mana dapat maklumat
ARTIKEL BERKAITAN: Muncul pula nama ‘Bella’, Ruhainies pelik tuduhan hidup mewah kerana ditaja
Dalam hantaran dibuat, video tersebut dilihat memaparkan perbualan antara aktres berkenaan dengan seorang hos.
Hos tersebut menemu bual Ruhainies dan bertanyakan soal kehidupannya termasuk kerjaya dan pendapatan setiap bulan.
Menerusi perkongsian itu juga, Ruhainies memberitahu kos perbelanjaan kehidupannya agak tinggi dan tidak kisah berbelanja untuk mendapatkan produk terbaik.
Ruhainies tidak kisah berhabis untuk produk berkualiti.
"Pengikut di Instagram saya hanya 1.7 juta dan sekitar 700 ribu pengikut di TikTok.
"Dengan pendapatan saya itu, saya belanjakan untuk produk penjagaan kulit, kos sara hidup dan sudah tentu perbelanjaan saya agak tinggi juga.
"Saya lebih fokus kepada kualiti produk berbanding harga. Jika sesuai untuk saya, sudah tentu saya tidak kisah untuk mendapatkannya," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!