suria

“Kalau tahu manisnya berkahwin, dah lama saya nikah” - Eyka Farhana

Eyka berkongsi kebahagiaan hidup bersama suami.

SETELAH tiga bulan bergelar isteri, pelakon Eyka Farhana menyifatkan perkahwinan merupakan antara momen manis yang pernah berlaku dalam kehidupannya. 

Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, berkata, dia juga tidak akan menolak untuk berkahwin lebih awal sekiranya diberi pilihan sebelum ini.

"Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. 

Eyka berkongsi luahan di Threads miliknya.

"Alhamdulillah, syukur ya Allah," ujarnya. 

Eyka berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Eyka turut mendoakan kepada individu yang belum bertemu jodoh agar dipertemukan dengan calon sesuai. 

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh

Kata Eyka, tidak salah mendoakan untuk orang lain kerana dia percaya kebaikan akan datang kepadanya. 

"Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa jodoh terbaik untuk anda. 

"Dalam hidup ini kita kena doa yang baik-baik untuk yang lain walaupun kita tidak kenal antara satu sama lain.

Eyka dan Akhyar bernikah pada Mei lalu.

"Bila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, jadi perkara-perkara baik akan datang kepada kita," ujarnya.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaaan, Akhyar Rashid pada 2 Mei lalu. 

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Boathouse by The Lake, Ampang Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain