PENYANYI Noh Salleh dan isteri dipercayai bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan rakan terdekat Noh yang memuat naik sekitar majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pasangan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Bryanbotakchin itu memaparkan semburan kertas berwarna merah jambu dipercayai mewakili jantina anak dalam kandungan.
Sekitar majlis gender reveal yang diadakan Noh dan isteri.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 40 juga terlihat gembira ketika mengumumkan khabar tersebut kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Pun begitu tidak dapat dipastikan usia kandungan Fatin Athira Mustapa.
Pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka apabila kehilangan anak sulungnya ketika dalam kandungan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Noh Salleh meninggal dunia dalam kandungan 7 bulan lalu, anggap ujian persiap diri jadi lebih kuat
ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh tamat zaman duda, sah bergelar suami Fatin Athira
Untuk rekod, Noh selamat mendirikan rumah tangga bersama Fatin Athira pada September 2023.
Sebelum ini Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos 2022.
Mereka memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!