suria

Diana Nazyra puji sikap baik Aina Abdul di AIM24... “Saya gemuruh, dia pimpin tangan”

Diana puji sikap ramah yang dimiliki Aina.

PENYANYI Singapura Diana Nazyra terharu dengan sikap prihatin Aina Abdul ketika mereka bertemu di majlis pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) pada Khamis lalu.

Diana, 45, menyifatkan Aina seorang yang peramah dan baik hati apabila sanggup memimpin tangannya yang ketika itu kelihatan gugup sewaktu diminta naik ke pentas bersama barisan calon lain.

"Masa akhir majlis semua yang tercalon diminta naik atas pentas untuk bergambar. Saya rasa segan sebab saya seorang dari Singapura, rasa gemuruh nak naik pentas dan bergambar dengan artis hebat lain.

Aina dan Diana berdiri di bahagian kanan.

"Tapi Aina nampak saya macam gemuruh terus dia pimpin tangan saya untuk sama-sama naik pentas dengan dia.

"Aina baik sangat dan dia beritahu saya boleh berdiri di sebelah dia, saya sangat berterima kasih dengannya," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi mengenai pencalonannya, Diana memberitahu ini kali pertama dia tercalon dalam AIM24 menerusi kategori Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil single pertama pada usia 44 tahun, Diana Nazyra bukti rintangan tak halang realisasi impian

ARTIKEL BERKAITAN: Fanzi Ruji kongsi kisah putus cinta dalam lagu, tak sangka ‘Berharap’ jadi OST drama

Jelas Diana, kehadirannya ke acara itu hanya untuk memeriahkan namun tidak sangka diumumkan sebagai salah seorang calon.

"Saya tak tahu pun dicalonkan. Saya hanya menerima undangan daripada AIM melalui komposer Omar K untuk hadir ke sidang media dan pengumuman calon.

"Saya ambil keputusan untuk hadir hanya nak jadikan sebagai pengalaman manis dan bersedia untuk tidak tercalon. Tapi apabila sampai saja di pendaftaran majlis, kru di sana terus ucap tahniah dan saya terkejut.

Macam nak pengsan rasanya.

DIANA NAZYRA

PENYANYI

"Mereka beritahu tetamu yang diundang adalah mereka yang berjaya ke Top 5. Macam nak pengsan rasanya," katanya lagi.

Tambah Diana, dia tidak mengharapkan lebih terhadap pencalonanya itu namun menganggap ia sebagai satu kenangan manis buat dirinya.

Menurutnya, lagu Hawa membawa pelbagai pengalaman berharga buat dirinya selepas ia dimainkan menerusi drama Dan Mimpi Pun Berguguran.

Diana teruja tercalon dalam AIM24.

"Dapat dicalonkan saja dah bersyukur, saya tak letak harapan tinggi. Malahan saya doakan yang terbaik buat semua yang tercalon.

"Apa yang penting kita saling sokong antara satu sama lain tanpa memikirkan ini sebagai saingan," kongsinya.

AIM24 bakal berlangsung pada 13 September di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang dan bersiaran secara langsung di saluran RTM. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain