PELAKON Nora Danish dikatakan sedang mengenali seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata.
Desas-desus ini mula tercetus selepas Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, memuat naik foto lelaki berkopiah di Instagram miliknya baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian, netizen pantas membuat pencarian dan mendakwa lelaki berkenaan dipercayai seorang perunding kewangan dikenali Mickey Ayo.
Nora sebelum ini memuat naik foto lelaki berkopiah (kanan) di Instagram miliknya.
Ia susulan foto berkopiah itu seakan-akan sama dengan hantaran yang dimuat naik lelaki berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menguatkan spekulasi itu, Nora dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki tersebut, sekali gus membuatkan ramai pihak membuat andaian mereka lebih daripada kenalan biasa.
Malah, akaun Instagram lelaki itu mula 'diserbu' netizen yang ingin mengetahui status sebenar hubungan mereka dan ramai bertanya sama ada dia merupakan teman istimewa Nora.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto lelaki berkopiah, netizen dakwa Nora Danish jalinkan hubungan dengan jejaka bukan artis… “Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia”
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish syukur diberi kekuatan untuk padam foto tidak berhijab, usaha kekal istiqamah
Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang pengesahan tentang sejauh mana hubungan mereka berdua.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Nora dan Mickey tidak berhasil apabila mesej yang dihantar tidak dijawab.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024.
Netizen mendakwa Nora kini sedang berkawan rapat dengan lelaki berstatus duda.
Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.
Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube