suria

Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

Syazwani memfailkan cerai terhadap Faisal (kiri) pada Selasa.

ISTERI kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu.

Hasil tinjauan mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor mendapati pasangan itu mempunyai sebutan kes pada Selasa berdasarkan jadual kes harian yang tertera di papan info.

Difahamkan sebutan perceraian pasangan itu berlangsung pada jam 2.30 petang tadi.

Isteri Faisal memfailkan cerai pada Selasa.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk info Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim kecewa, tragedi malang disimbah asid diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut... PDRM tak jumpa petunjuk 

ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi ujian buat Faisal Halim, patah tulang hidung terkena siku kapten pasukan lawan

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Terdahulu Faisal Halim dilaporkan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu sebelum menerima rawatan di hospital selama hampir 3 minggu.

Pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu diklasifikasikan sebagai NFA oleh AGC.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain