PELAKON Beego memilih untuk tidak memberi sebarang komen selepas namanya dikaitkan sebagai artis lelaki yang dikatakan ligat berhibur di kelab malam bersama rakan wanita.
Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu dia bakal menjawab isu yang viral dalam sebuah sidang media.
“Maaf, no comment. Nanti saya akan buat sidang media,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Beego bakal membuat kenyataan dalam sebuah sidang media.
Sesi temu bual itu kemudian terhenti apabila Beego terus mematikan talian yang dibuat.
Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan kisah seorang aktor dan penyanyi dikatakan ligat berhibur di kelab malam bersama rakan wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Jika benar itu dia, doakan yang terbaik” - Linda Hashim tak masuk campur urusan Beego
ARTIKEL BERKAITAN: Beri hanya bila diminta, nafkah tak cukup tanggung anak… Linda Hashim dakwa Beego kirim duit sekadar untuk bukti mahkamah
Laporan tersebut turut menyebut selebriti yang dikaitkan itu kini sedang berdepan masalah rumah tangga.
Menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang memetik nama Beego memandangkan kes perceraiannya dengan pelakon Linda Hashim masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!