PELAWAK Shuk Sahar nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya di media sosial.
Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 39, berkata, selama ini dia mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah peribadi secara tertutup namun individu dimaksudkan itu bertindak di luar kawalan.
Kata Shuk, dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan membela nasib ibu bapa serta anak-anak yang turut menerima tempias.
"Saya berdiam diri selama ini kerana saya mahu perkara bersifat peribadi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan tertutup.
"Namun saya mendapati perkara ini masih berterusan dan melampaui batas sehinggakan penyataan serta gelaran yang tidak sepatutnya ditujukan kepada ibu bapa serta anak-anak saya.
Shuk mahu menegakkan kebenaran dan membela nasib ibu bapa serta anak-anak yang menerima tempias.
"Demi menegakkan kebenaran dan atas nama keadilan, saya akan mengambll tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada pihak dan/atau pihak-pihak yang berkenaan," katanya.
Shuk berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Shuk memberitahu individu terbabit telah mengeluarkan kenyataan difitnah berunsur jahat secara berterusan di media sosial sehingga mendapat liputan pihak media.
"Saya telah mendapat makluman bahawa terdapat individu yang telah mengeluarkan penyataan fitnah dan berunsur jahat yang berterusan kepada saya.
"Penyataan tersebut juga telah dimuat naik secara berterusan di platform media sosial dan telah dikongsikan di beberapa platform media hiburan," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengamuk lagi! Dakwa Shuk Sahar elak panggilan mahkamah, terpaksa guna media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak nampak ‘batang hidung’, Shuk Sahar belum jenguk anak baru lahir... Isteri sudah lama jangka akan berpisah
Shuk bagaimanapun menjelaskan isu pengesahan nikah dan perceraiannya dengan isteri iaitu Fara Salleh masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah.
Tegas Shuk, dia mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi bagi menghormati institusi kehakiman negara.
"Perkara peribadi termasuklah isu pengesahan pernikahan serta menentu sahkan perceraian
masih lagi belum diputuskan oleh Mahkamah.
"Oleh yang demikian, semua pihak disarankan untuk tidak membuat sebarang penyataan,
spekulasi, komen serta andaian berkenaan dengan perkara-perkara yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.
“Ia demi menghormati institusi kehakiman di Malaysia dan juga menjaga daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan reputasi mana-mana pihak," katanya.
Shuk mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi tidak benar.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Fara, suaminya melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan Shuk melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!