PERKONGSIAN pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam di media sosial menarik perhatian netizen apabila aktres berkenaan seakan memberi gambaran hubungannya dengan suami Datuk Nur Azman Sulaiman didakwa sudah berakhir.
Rebecca, 39, berkata, dia dan suami sudah cuba berusaha yang terbaik namun akur dengan takdir yang ditentukan Allah SWT.
Kongsinya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memberi kebahagiaan selama 18 tahun hidup bersama.
Perkongsian Rebecca di Instagram miliknya mengundang perhatian ramai.
"Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan kemewahan.
"Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang," katanya.
Rebecca berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’
ARTIKEL BERKAITAN: Sekadar kongsi foto keluarga, Rebecca Nur Al Islam terlalu bangga Bonda Rozita jadi kakak ipar
Lebih menguatkan spekulasi, Rebecca turut mengemas kini ruangan informasi di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen 'single mother of 7' yang membawa maksud ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata.
Usaha mStar untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada Rebecca tidak berhasil apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.
Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube