suria

Nora Danish nafi nikah esok

Nora nafi akan bernikah pada 8 September.

PELAKON Nora Danish menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali Mickey Ayo pada Isnin.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, foto dan video viral yang tular di media sosial itu hanyalah sekadar kempen pemasaran produk yang tidak berkaitan dengan dirinya. 

"Assalamualaikum semua, ramai yang tertanya-tanya tentang foto yang viral baru-baru ini. Dengan rasa kasih dan hormat saya ingin jelaskan saya tidak akan berkahwin esok (Isnin). 

Nora menafikan bakal mendirikan rumah tangga pada Isnin.

"Foto dan video yang viral itu adalah sebahagian daripada kempen pemasaran produk dan tidak ada kena mengena dengan saya," katanya. 

Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. 

Menurut Nora, dia ingin menzahirkan penghargaan atas segala doa dan perhatian diberikan peminat yang sentiasa mahu melihat kebahagiaannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish didakwa bercinta, netizen petik nama duda anak dua

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘berkopiah’ dikaitkan dengan Nora Danish pernah gagal dua kali dalam perkahwinan, kad kahwin ‘M & N’ bertarikh 080925 cetus persoalan

"Saya sangat hargai segala perhatian dan doa daripada anda semua. Saya harap kenyataan ini dapat menjelaskan tentang salah faham berlaku. 

"Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dengan perhatian dan kebaikan kalian. Sayang semuanya," ujarnya.

Sebelum ini, perkongsian foto yang diambil Nora dan terselit wajah lelaki lengkap memakai kopiah bercermin mata menarik perhatian netizen di media sosial. 

Ramai membuat spekulasi bahawa Nora sedang mengenali seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata dikenali sebagai Mickey Ayo. 

Lebih menguatkan andaian netizen, Mickey turut dilihat menerusi video yang dimuat naik di Instagram sebuah jenama sampin memberitahu dia masih percaya bahawa cinta itu wujud meskipun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan. 

Foto dan video tular di media sosial hanyalah sekadar strategi pemasaran produk.

Dalam hantaran tersebut, Mickey juga dilihat menggayakan busana lengkap berbaju Melayu rona putih seolah-olah seperti seorang pengantin lelaki. 

Apa yang menarik perhatian ramai, terdapat juga perkongsian kad undangan perkahwinan yang tertera huruf M dan N bertarikh 8 September 2025.

Ramai membuat spekulasi mengaitkan huruf N yang tertulis di kad undangan tersebut adalah Nora.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain