PENERBIT dan pengarah Erma Fatima sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila drama terbaharunya didakwa menampilkan pelakon dalam golongan lelaki transgender.
Perkara itu mula menjadi bualan hangat netizen selepas Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, berkongsi iklan acah (teaser) drama berjudul Pondan Itu menerusi Instagram miliknya.
Ramai netizen tampil memberikan kritikan terhadap tindakan Erma yang mengambil pelakon dipercayai pondan selain didakwa mempunyai perilaku sumbang termasuk menjual video seks dengan lelaki di sebuah aplikasi di media sosial.
Antara kritikan netizen yang diterima di Instagram milik Erma.
"Erma awak buat tapisan dulu tak sebelum ambil dia berlakon? Tahu tak dia jual video dia dengan lelaki tersebar merata dalam aplikasi X. Jangan promosi benda-benda macam ini ya.
"Kenapa angkat golongan pondan macam ini jadi artis? Dia tak tahu ke pondan yang menyanyi (pelakon) ada akaun dark side siap jual dan promosi video berjimak dengan jantan di X dan telegram?
"Makin rosak industri hiburan negara macam ini kena pada tangan yang salah," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu dalam kain bukan perkongsian media sosial, Erma Fatima bimbang berlaku ‘kenduri kecaman’… Tak nafi wujud mak ayah lebih sudu daripada kuah
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tulis skrip 2 filem tentang ajaran sesat, terbang ke Indonesia buat kajian
Kontroversi ini tercetus susulan promosi drama Pondan Itu yang dipercayai bakal ditayangkan menerusi platform digital Karya Reels.
Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama iklan acah tersebut, Erma menyatakan hasratnya untuk mengetengahkan golongan mak nyah yang menurutnya juga merupakan manusia biasa.
"Pondan Itu, mereka juga manusia biasa. Apabila karya berbicara hanya drama-drama di Karya Reels," tulisnya.
Dalam pada itu, mStar cuba mendapatkan Erma berhubung pemilihan mak nyah itu dalam naskhah terbitannya, namun penerbit itu memaklumkan dia baru sahaja tiba di Jakarta, Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube