suria

Pernah berimej seksi, isteri Shuib tak sembunyikan kisah silam dengan anak-anak tiri

Watie tidak pernah berselindung disebalik kisah silamnya.

ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah tidak menafikan perjalanannya untuk diterima dalam keluarga baharu bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan latar belakang kehidupan sebelum ini. 

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata dia tidak pernah menyembunyikan kisah silam yang dikaitkan dengan imej seksi serta gaya hidup sosial. 

Malah kata Watie, anak-anak tirinya juga sudah maklum tentang perkara itu dan dia tidak pernah menyalahkan pandangan orang lain terhadap dirinya. 

Shuib dan Watie hidup bahagia sebagai suami isteri.

"Pada mulanya memang kami ada tentangan, tapi bagi saya waktu itu orang dah tengok apa latar belakang saya sebelum ini. 

"Bapak (Shuib) dia pun cakap mommy kau dulu seksi, jadi anak-anak pun boleh tengok mommy dia dulu macam mana. Perkara itu memang kami tak pernah sorok pun, saya pun tak sorok. Saya tak salahkan pun pandangan orang lain," katanya. 

Watie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok milik Dnars Skincare HQ

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib kena kecam dalam video live, anak tiri tampil ‘back up’ Watie Hanifiah - “Saya ini baran tau”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu anak tiri panggil ‘woi’, Watie Hanifiah anggap netizen salah faham… “Thalita anak baik, bukan kasar”

Meski pun berdepan pandangan negatif dan hanya bergelar sebagai ibu tiri, Watie tetap bersyukur kerana hubungannya dengan anak-anak Shuib semakin rapat dan dipenuhi kasih sayang. 

"Dekta (panggilan Thalita) beritahu kawan-kawannya selalu cakap dia beruntung kerana saya tidak seperti ibu tiri lain. 

"Kita tak tahu macam mana layanan ibu mereka, tapi kawan-kawan dia (Thalita) nampak macam mana kita hantar dia pergi sekolah. Tahun ini saya hantar Matin dekat bawah, tahun lepas saya hantar terus masuk kelas. 

"Kalau dulu setiap kali saya ambil dari sekolah, Matin mesti akan peluk saya, tapi sekarang dia dah tak nak. Mungkin sebab dah besar dan malu pada kawan-kawan," ujarnya. 

Dari kiri: Shuib, Talita, Watie dan Uwais.

Untuk rekod, Shuib atau Shamira Muhamad, 41, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain