suria

Isteri Faisal Halim luah rasa lepas hubungan kembali pulih - “Prosesnya sukar dan menyakitkan”

Pergolakkan rumah tangga Syazwani dan Faisal kini kembali pulih.

SUSULAN pergolakan rumah tangga kembali pulih bersama suami, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri menitipkan kata-kata menggambarkan ketabahan dan kepercayaannya terhadap takdir dan perancangan Ilahi. 

Syazwani berkata, meskipun sedang melalui fasa mencabar dalam kehidupan rumah tangga, dia percaya setiap apa yang berlaku adalah satu hikmah terbaik buat dirinya. 

"Perancangan Allah sentiasa yang terbaik, kadang-kadang prosesnya sukar dan menyakitkan tetapi jangan lupa apabila Dia (Allah) diam, Dia sedang merancang sesuatu untukmu. 

Perkongsian Syazwani di Instagram miliknya.

"Ingatlah! Hidup akan jadi jauh lebih mudah apabila kita sedar bahawa perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita sendiri," katanya. 

Syazwani berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Jumaat. 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang senang melihat hubungan pasangan ini kembali pulih bersama  dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Faisal Halim kembali pulih, isteri luah macam baru kahwin semalam

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

"Comelnya keluarga ini. Alhamdulillah, semoga hubungan berkekalan sampai syurga. 

"Keluarga bahagia Faisal dan isteri. Ada apa-apa bincang elok-elok okay. 

"Jodoh sudah tertulis, tiada apa yang boleh menghalang," tulis netizen. 

Pada 2 September lalu, mStar melaporkan Syazwani memfailkan penceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

Perkara itu turut disahkan peguam mewakili Syazwani iaitu Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes penceraian pasangan itu. 

Syazwani (kiri) dan Faisal bernikah pada Mac 2019.

Pun begitu, pada Khamis, pergolakan rumah tangga mereka dipercaya Kembali pulih selepas Faisal memuat naik foto bahagia bersama isteri di media sosial. 

Dalam hantaran dibuat, Faisal memilih lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar dengan menulis kapsyen ringkas ucapan Alhamdulillah. 

Untuk rekod, Faisal dan Syazwani bernikah pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain