PENYANYI Azharina Azhar mempunyai minat mendalam terhadap fesyen terutamanya aksesori topi yang dianggap sebagai pelengkap penampilan sejak mula bergelar artis 24 tahun lalu.
Menyimpan banyak koleksi dengan pelbagai reka bentuk, Azharina, 40, memberitahu dia membelanjakan sekitar RM50,000 untuk jumlah topi yang dimiliki.
“Orang yang kenal tahu saya suka bergaya. Tapi saya tak suka tiru orang.
Azharina banyak beli topi yang diimport dari luar negara.
“Dahulu pereka fesyen yang bagi baju dan buat imej saya, tapi sekarang dah sembilan tahun saya jadi dir sendiri.
“Saya mula kumpul topi sejak awal jadi artis iaitu 24 tahun lalu dan boleh dikatakan mencecah RM50,000 saya dah belanjakan untuk topi sahaja," katanya kepada mStar.
Menurut Azharina, minat terhadap topi mula berputik apabila dia terinspirasi dengan penampilan Ratu Elizabeth II yang sering tampil bergaya dengan pelbagai jenis topi berkelas.
ARTIKEL BERKAITAN: Azharina pernah terima tawaran sertai politik, berani bersuara perjuang hak…. ‘BASS’ jadi inspirasi bantu rakyat
ARTIKEL BERKAITAN: Azharina lapor polis dakwa difitnah
“Saya sangat suka topi dan saya sangat terinspirasi dengan Queen Elizabeth sebab dia seperti simbol seorang yang sangat berkelas.
"Ada yang dibeli dan ada juga dibuat khas untuk saya, topi aksesori paling penting,” ujarnya.
Tambah Azharina, kira-kira 90 peratus daripada koleksi topinya merupakan barangan import dari luar negara.
Azharina terinspirasi dengan Ratu Elizabeth II.
Dalam pada itu penyanyi ini juga memberitahu dia tidak pernah berhasrat untuk menjual semula koleksi tersebut biarpun bernilai tinggi.
"Tengok saya hari-hari pakai topi dan saya ada koleksi sebanyak ratusan topi. Saya boleh kata 90 peratus koleksi topi diimport dari luar negara.
“Saya tak pernah terfikir nak jual balik, paling tidak pun saya sedekah sahaja. Saya jenis seorang kalau suka saya beli. Jika ada duit beli… tak ada senyap,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube