PELAKON Sherry Ibrahim memberitahu dia menerima banyak mesej selepas berkongsi kisah masih belum bertemu jodoh.
Katanya ramai yang mahu mencuba peluang mengajak dia untuk mendirikan rumah tangga.
Melihat ia sesuatu yang melucukan, bagi Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, soal jodoh dan perkahwinan bukanlah satu perkara mudah.
Perkongsian Sherry di Instagram.
"Ramai pula yang DM (direct messege) ajak kahwin. Lawaknya.
"Ingat kahwin senang-senang, suka-suka. Takutlah," katanya.
Sherry menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory miliknya pada malam Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim mahu watak lebih mencabar, tak kisah berlakon tanpa solekan
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tidak patut imbau kisah lama saya” - Sherry Ibrahim minta netizen ‘move on’, ungkit sejarah silam sebagai buli siber
Dia sebelum itu memuat naik satu tangkap layar laporan media yang menyebut masih belum bertemu jodoh di usia 42 tahun.
Bercakap soal perkahwinan dan mencari pasangan, pelakon ini menyerahkan sepenuhnya kepada takdir Maha Esa.
Malah dia secara berseloroh memberitau tidak mahu menghebahkan kepada umum tentang majlis pernikahan.
Sherry terima banyak DM yang mengajak dia berkahwin.
"Jodoh, ajal, maut semuanya kerja Tuhan. Percaya pada proses dengan ketentuan dan izin-Nya.
"Saya tunggu Allah yang aturkan. Ataupun saya kahwin tak mahu umum. Nak kahwin senyap-senyap," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube