PELAKON Noorkhiriah menzahirkan rasa syukur dan sebak apabila menerima sokongan orang ramai yang sudi menyumbang bagi meneruskan usahanya dalam menguruskan jenazah secara percuma.
Menurut Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, dia tidak menyangka ramai tampil menghulurkan bantuan selepas memaklumkan dana pertubuhan amal yang diusahakan semakin berkurangan.
“Saya tak mampu nak balas segala kebaikan yang repost dan menyumbang. Rasa nak nangis sebab ramainya orang baik-baik bantu saya meneruskan fardu kifayah ini.
Noorkhiriah terharu dengan bantuan orang awam.
“Pertubuhan Amal Nur By Khiriah bukan milik saya tapi milik kita semua. Tanpa sumbangan semua, barangkali saya dah tak mampu meneruskan perjuangan ini.
“Terima kasih semuanya, saya tak mampu nak balas melainkan hanya Allah membalas segala kebaikan semua. Semua ada saham pahala dalam ni, semoga ia mengalir bagai air zam-zam,” katanya.
Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Inststory miliknya pada pagi Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah kaku ketika sampai kubur, air mata tak henti mengalir jadi jenazah masuk liang lahad
ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah reda van jenazah miliknya terbakar ‘total lost’... “Sedih sebab kenderaan itu banyak berkhidmat”
Sebelum itu, Noorkhiriah tampil membuat permohonan terbuka di media sosial bagi mendapatkan sumbangan apabila dana yang ada semakin berkurangan berikutan peningkatan kes kematian.
Hantaran tersebut mendapat respons banyak pihak termasuk golongan selebriti yang berkongsi kembali (repost) sebagai tanda sokongan.
“Assalamualaikum, sempena hari Jumaat yang mulia saya berterus teranag sahaja. Dengan rendah hati ingin memohon sumbangan untuk meneruskan fardu kifayah bagi pengurusan jenazah ini.
Perkongsian Noorkhiriah di Inststorynya.
"Dana pertubuhan sekarang sangat-sangat nazak, tambah pula kes kematian meningkat.
“Sumbangan seikhlas hati namun tiada paksaan. Mohon uar-uarkan, semoga Allah membalas segala kebaikan semua,” ujarnya.
Untuk info, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan oleh pelakon drama Seribu Tahun ini menyediakan khidmat pengurusan jenazah umat Islam bermula daripada memandikan, mengkafankan, solat sehingga ke pengebumian semuanya secara percuma.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube